BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Dijadual Lancar Pasport Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PM Dijadual Lancar Pasport Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Esok​

fab147fd1d3faba4ec4efe3e5621c0e35e43f2c35617d


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan di Lobi Parlimen, esok.

Langkah menaik taraf dokumen perjalanan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara bersesuaian dengan statusnya sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia.

PMA baharu ini menampilkan lonjakan ciri signifikan berbanding versi sedia ada yang hanya memiliki 49 ciri keselamatan, sekali gus menjadikannya lebih istimewa dan sukar untuk dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab.

Antara aspek yang dinaik taraf ialah elemen hologram, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi serta beberapa ciri forensik khas.

Malah, kehalusan elemen keselamatan turut diterapkan pada benang yang menjahit buku pasport berkenaan, selain setiap helaian muka surat yang direka secara berbeza.

Awal tahun ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu demi memperkasakan aspek keselamatan data negara.

PMA berada di tangga ketiga pada 2025 sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia berdasarkan Ranking Pasport Index.

 
Back
Top
Log in Register