BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lancar Pasport Malaysia Antarabangsa Versi Baharu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,718
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,718
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Lancar Pasport Malaysia Antarabangsa Versi Baharu​

df987ab60f113078f7fc9d8dba9fdcd36a434160a4c6b


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.

Pada majlis diadakan di Lobi Parlimen itu,  Anwar turut menerima PMA daripada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban sebagai gimik pelancaran.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan pengenalan PMA struktur baharu itu merupakan satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara, di samping memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat.

Susulan pengenalan PMA, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai pilihan untuk memohon dokumen perjalanan baharu itu bermula 1 Julai ini dengan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.

Menurut KDN, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

“Kadar bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun adalah sebanyak RM350 manakala untuk tempoh sah laku lima tahun kekal RM200 dan pengenalan tempoh sah laku 10 tahun memberi penjimatan sebanyak RM50 kepada pemohon,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan bagi memastikan peralihan operasi berjalan dengan lancar, pelaksanan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara mulai Julai ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa menukar pasport sedia ada sekiranya dokumen tersebut masih sah laku dan pasport sedia masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tempoh tamat.

 
Back
Top
Log in Register