BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lancar Mushaf Malaysia MADANI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
0b6dc6234b9223c67db8badabf28a2a669b792a8f14b9

710e3f55f43d8e1616492ed8e48d437069b792b729370

a044625b5f53b85d0e5346e09511cb3e69b7929dda832

84054bb501f838b3c00bc4809271079f69b7928cc6ba0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani plak peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Nasrul Quran hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Percetakan Bersepadu Nasyrul Quran di sini, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan.

Mushaf berkenaan merupakan antara mushaf al-Quran hibrid terawal di negara ini yang menggabungkan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital bagi membolehkan masyarakat menghayati kitab suci itu secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Setiap salinan mushaf diintegrasikan dengan kod respons pantas (QR) yang membolehkan pembaca mengakses pelbagai bahan sokongan secara digital seperti terjemahan dalam pelbagai bahasa, panduan tajwid serta penerangan berkaitan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berkait dengan ayat al-Quran.

Ia turut menampilkan audio tilawah oleh pakar qiraat antarabangsa dari Mesir, Syaikh Ahmad Isa al-Ma’sarawi.

Penyalinan Mushaf Malaysia MADANI mengambil masa hampir lima tahun dan dikendalikan oleh penulis khat Yayasan Restu Ustaz Abdul Baki Abu Bakar yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang berkenaan.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan satu kontena al-Quran wakaf di bawah Projek Wakaf Satu Juta Al-Quran yang mengandungi naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam beberapa bahasa untuk komuniti Muslim di luar negara.

Antara terjemahan yang disediakan termasuk bahasa Sepanyol selain edisi bahasa Inggeris dan Perancis bagi komuniti Muslim di Kanada serta Amerika Syarikat.

Program itu mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperluas penyebaran al-Quran ke peringkat global serta mempromosikan pemahaman nilai-nilai Islam kepada masyarakat antarabangsa.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Pengerusi Yayasan Restu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa.

 
Back
Top
Log in Register