BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lancar Skim PADURI MADANI, Perkasa Usahawan Wanita B40

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Lancar Skim PADURI MADANI, Perkasa Usahawan Wanita B40​

cc790efeac9f4b6a5642b5dd25a5c0016a081848b559d

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI di Dewan Serbaguna Bandar Baru, Tambun hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan memperkasakan usahawan wanita terutamanya daripada golongan B40.

Inisiatif yang menyasarkan 29,000 usahawan wanita itu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,880 atau pendapatan per kapita RM1,470.

Anwar menerusi ucapannya melahirkan rasa bangga terhadap disiplin tinggi yang ditunjukkan golongan wanita terutama dalam menjelaskan pinjaman mereka berdasarkan rekod pembayaran balik yang cemerlang menerusi AIM.

"Saya bangga, baru ni kita sambut Hari Wanita, wanita tu siapa? Ibu kita, isteri kita, anak kita, kakak kita, adik kita. Jadi kalau kita faham begitu, selama ini tak ada program besar khusus untuk wanita.

"Jadi AIM beri galakan supaya wanita buktikan pinjam, bayar hutang, sebab apa, dia (wanita) tabah, ada wibawa, ada nilai, ada akhlak. Kamu pinjam, ada perjanjian mesti bayar, itu tuntutan al-Quran juga, dia tahu tanggungjawabnya," kata beliau pada majlis pelancaran skim tersebut, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Seri Dr Syed Hussain Syed Junid.

 
Back
Top
Log in Register