BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ciri Keselamatan Pasport Ditambah Baik Secara Berkala Bagi Pastikan Selamat, Sukar Dipalsukan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Ciri Keselamatan Pasport Ditambah Baik Secara Berkala Bagi Pastikan Selamat, Sukar Dipalsukan​

32872851f325d2141534da4b85e2f3246a43caf470b22

1e753ff48ac8da48fa04d57134a754b66a43cb0e32cf4

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban ditemui Bernama selepas pelancaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lobi Parlimen.

PMA versi baharu itu dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan bagi memperkukuh aspek keselamatan dokumen perjalanan negara.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ciri keselamatan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan terus dipertingkatkan secara berkala, bagi memastikan dokumen perjalanan yang kini berada pada kedudukan ketiga paling berkuasa di dunia itu kekal selamat, sukar dipalsukan dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Imigresen Dato’ Zakaria Shaaban berkata walaupun tiada kes pemalsuan fizikal buku pasport dikesan setakat ini, penambahbaikan ciri keselamatan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi mengelakkan maklumat berkaitan ciri keselamatan sedia ada diketahui pihak tidak bertanggungjawab.

“Pasport tidak boleh kekal dengan ciri keselamatan yang sama dalam satu tempoh yang terlalu lama, kerana risikonya semakin tinggi apabila orang mengetahui ciri-ciri keselamatan yang digunakan.

“Lagi kerap kita tukar, lagi baik, namun proses menghasilkan pasport baharu memerlukan tempoh yang panjang, kerana perlu mematuhi piawaian antarabangsa termasuk mendapat kelulusan mengikut standard ICAO (Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kali terakhir Malaysia memperkenalkan rekaan baharu pasport ialah pada 2016, sebelum penambahbaikan kecil dilakukan pada 2023.

Zakaria berkata PMA versi baharu dilengkapi 94 ciri keselamatan termasuk hologram, imej pendam, cetakan pelangi, cetakan ultraungu (UV), cip biometrik serta penggunaan bahan polikarbonat yang dipertingkatkan bagi mengukuhkan aspek keselamatan dokumen itu.

Beliau berkata kebanyakan ciri keselamatan berkenaan tidak dapat dikenal pasti dengan mata kasar, kerana memerlukan peralatan forensik seperti mikroskop dan alat pengimbas khas.

“Satu pembaharuan yang jelas boleh dilihat oleh orang ramai ialah penggunaan gambar pemilik pasport yang berwarna, berbanding gambar hitam putih yang digunakan sebelum ini,” katanya.

Zakaria berkata PMA versi baharu itu masih mematuhi spesifikasi dan standard ICAO, sekali gus membolehkannya dibaca menggunakan mesin pengimbas pasport sedia ada di seluruh dunia, namun tertakluk kepada sistem, prosedur dan keupayaan imigresen negara yang dikunjungi.

 
Back
Top
Log in Register