combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PM Anwar, Isteri Dijadual Hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul Di UPM Esok - JAKIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, esok.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan turut hadir bagi memeriahkan sambutan majlis bertemakan 'MADANI Dihayati, Ummah Diberkati', yang dijadualkan bermula 7.30 pagi.
"Kira-kira 4,000 peserta daripada 100 kontinjen kementerian, agensi dan badan berkanun akan bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini.
"Penganjuran kali ini mendapat kerjasama strategik UPM sebagai penyedia lokasi dan sokongan logistik bagi memastikan program berlangsung secara teratur dan selesa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata kemuncak sambutan ialah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M, membabitkan seorang penerima Anugerah Perdana dan lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.
"Pengiktirafan ini diberikan kepada individu yang memberi sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing kepada pembangunan agama, bangsa dan negara serta memberi impak positif terhadap kesejahteraan masyarakat," katanya.
Mengenai tema sambutan, beliau berkata tema berkenaan dipilih bagi menyeru masyarakat menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam membina kehidupan yang maju, bersatu padu dan sejahtera.
Beliau berkata tema itu mengambil inspirasi daripada pembentukan masyarakat Madinah yang diasaskan Rasulullah SAW, khususnya nilai akhlak, persaudaraan, keadilan dan tanggungjawab bersama, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sirajuddin berkata antara pengisian utama sambutan ialah perarakan kontinjen dengan alunan selawat, Program Bicara Khas Wanita serta program anjuran Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.