kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ribuan Umat Islam Semarak Sambutan Maulidur Rasul Di Seluruh Negara
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang bertemakan Maju Johor Dihayati Ummah Diberkati di Masjid Sultan Ismail di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ribuan umat Islam di seluruh negara hari ini menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul 1448/2026 dengan menyertai perarakan dan mengalunkan selawat sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Mengangkat tema "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", sambutan tahun ini bukan sahaja menghimpunkan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah turut menyaksikan penyertaan agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Bagi peringkat kebangsaan, sambutan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bersama-sama lebih 4,000 peserta termasuk kontinjen perarakan.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Dalam ucapan, Anwar berkata penghayatan terhadap Islam tidak seharusnya terhenti pada sambutan atau perarakan Maulidur Rasul sahaja, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi penghayatan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia.
Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul perlu menjadi wadah untuk menyuntik semangat, kesedaran dan pencerahan dalam kalangan umat Islam.
Di SELANGOR, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin serta Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohamad Fahmi Ngah.
Majlis itu dihadiri hampir 1,000 peserta dan turut menyaksikan Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Hindon Abdullah, 84, yang merupakan figura gerakan dakwah muslimah serta pembangunan institusi keluarga dan masyarakat di Selangor.