BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghayatan Maulidur Rasul Perlu Diterjemah Dalam Kehidupan - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Penghayatan Maulidur Rasul Perlu Diterjemah Dalam Kehidupan - PM Anwar​

703c3f4bb888a205a55569ed5c4b4f2d6a8d1e75ae129

49cb24e66a29c6e02b6d15b99ef88aaf6a8d1ca58bbdf

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kiri) bergambar bersama para penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (empat, kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (lima, kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghayatan Maulidur Rasul tidak seharusnya terhenti pada sambutan atau perarakan sahaja, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi penghayatan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia.

Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul perlu menjadi wadah untuk menyuntik semangat, kesedaran dan pencerahan dalam kalangan umat Islam.

“Dalam konteks kefahaman Islam, cabarannya adalah penghayatannya, bagaimana kita memandangnya sebagaimana bulan kemerdekaan, bukan sambutannya, bukan pestanya, bukan perarakannya, tetapi yang diutamakan ialah apa yang digesa dalam firman Allah SWT.

“Bagi saya, sambutan begini adalah untuk menyuntik semangat baharu, bukan untuk mengekalkan kealpaan lama, dan obor Islam itu sentiasa obor yang dinamik, yang hidup. Setiap episod hidup Rasulullah SAW itu satu pengajaran kehidupan,” katanya semasa berucap pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

 

[LANGSUNG] Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan | 25 Ogos 2026​

Ikuti langsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, Serdang.

 
Back
Top
Log in Register