combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,125
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,125
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai berhimpit di hadapan masjid untuk mendapatkan beras. - TikTok
JAKARTA – Penduduk di Serang, wilayah Banten mengundang perhatian orang ramai kerana memenuhi sebuah masjid bagi mendapatkan hadiah berupa beras semasa sambutan Maulidur Rasul, lapor portal Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @anakasuhmalaikatizroil menunjukkan suasana sesak di hadapan sebuah masjid pagi tadi.
Masyarakat pelbagai peringkat umur dilihat beratur sambil berhimpit, manakala beberapa pengurus masjid cuba menahan pagar masjid daripada dirempuh oleh mereka.
Tradisi dipanggil Panjang Mulud itu bermaksud orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makanan atau barang lain semasa sambutan Maulidur Rasul.
Rakaman itu mencatatkan lebih 69,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Biarpun saya hidup susah, saya tidak mahu berhmpit seperti itu,” kata seorang netizen.
“Sesak sangat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma
JAKARTA - Penduduk di Serang, wilayah Banten mengundang perhatian orang ramai kerana memenuhi sebuah masjid bagi mendapatkan hadiah berupa beras semasa sambutan Maulidur Rasul, lapor portal Lambe Turah. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @anakasuhmalaikatizroil menunjukkan...
www.kosmo.com.my