BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,122
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,122
Reaction score
346
Points
141

Penduduk serbu masjid semasa Maulidur Rasul, dapat beras percuma​

geli-beras.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan orang ramai berhimpit di hadapan masjid untuk mendapatkan beras. - TikTok

JAKARTA – Penduduk di Serang, wilayah Banten mengundang perhatian orang ramai kerana memenuhi sebuah masjid bagi mendapatkan hadiah berupa beras semasa sambutan Maulidur Rasul, lapor portal Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @anakasuhmalaikatizroil menunjukkan suasana sesak di hadapan sebuah masjid pagi tadi.

Masyarakat pelbagai peringkat umur dilihat beratur sambil berhimpit, manakala beberapa pengurus masjid cuba menahan pagar masjid daripada dirempuh oleh mereka.

Tradisi dipanggil Panjang Mulud itu bermaksud orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makanan atau barang lain semasa sambutan Maulidur Rasul.

Rakaman itu mencatatkan lebih 69,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Biarpun saya hidup susah, saya tidak mahu berhmpit seperti itu,” kata seorang netizen.

“Sesak sangat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
konoha mane2 pun berebut.. jenis tak pandai beratur
 
Back
Top
Log in Register