BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rasmi Majlis Penutup MAHA 2026 Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Rasmi Majlis Penutup MAHA 2026 Esok​

1e11feee4dda3f885bfb597146c15c2c686f7ee33983b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini esok.

Berdasarkan atur cara program, Anwar dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026.

Program diteruskan dengan penyampaian Anugerah Agro serta lawatan Perdana Menteri ke tapak pameran sebelum majlis berakhir pada 12 tengah hari.

Turut dijangka hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan-Timbalan Perdana Menteri.

Edisi ke-14 MAHA itu berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 Sept.

MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.

 
Back
Top
Log in Register