Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Anwar Rasmi LRT3 Laluan Shah Alam Esok
Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer (km) siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.
Ketua Laluan Shah Alam Mohd Ariffin Idris berkata pembukaan Laluan Shah Alam yang memanfaatkan dua juta penduduk sekitar jajaran itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
Beliau berkata tarikh dan masa pembukaan operasi Laluan Shah Alam yang meliputi 20 stesen baharu itu akan diumumkan Perdana Menteri pada majlis pelancaran itu nanti.
“Kesemua stesen baharu tersebut ialah Bandar Utama, Kayu Ara, BU 11 (Bandar Utama 11), Damansara Idaman, Subang, Glenmarie 2, Kerjaya, Stadium Shah Alam, Dato’ Menteri dan UiTM Shah Alam.
“Sepuluh lagi stesen ialah Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Baru Klang, Pasar Klang, Jalan Meru, Jambatan Kota, Taman Selatan, Seri Andalas, Klang Jaya, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi prapembukaan laluan itu baru-baru ini.
Mohd Ariffin berkata penumpang boleh bertukar ke Laluan Kajang di Stesen Bandar Utama dan ke Laluan Kelana Jaya menerusi sambungan di Stesen Glenmarie 2.
Bagi meningkatkan ketersambungan dan memperkukuh perjalanan dari batu pertama hingga terakhir, Mohd Ariffin berkata jajaran berkenaan turut dilengkapi dengan 40 bas perantara yang telah memulakan operasi di 323 hentian melibatkan 13 laluan dikhaskan, dengan tambang hanya RM1 bermula 6 pagi hingga 11.30 malam.
“Di samping itu, turut disediakan perkhidmatan Rapid On-Demand melibatkan 44 buah van di 20 zon dengan bayaran RM2 sahaja, bermula 6 pagi hingga 11.30 malam.
“Laluan bas perantara serta perkhidmatan van Rapid On-Demand akan diselaraskan mengikut permintaan dan corak perjalanan selepas pembukaan Laluan Shah Alam,” katanya.