BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan​

cc5a6bdebbe984bd21a74b17a0641c5369e74b6f7e3b2

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah esok bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dijadual tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi esok sebelum beliau ke Penampang.

Beliau dijadual tiba di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang pada 11 pagi bagi menyempurnakan majlis perasmian festival kebudayaan itu.

Anwar juga dijadual menyertai acara tradisi simbolik menuai padi dan melawat rumah tradisi etnik Sabah di pekarangan KDCA.

Selepas itu, Perdana Menteri akan ke Terminal 2 KKIA untuk berlepas pulang ke ibu negara sekali gus menamatkan lawatan kerja rasmi beliau di Negeri Di Bawah Bayu.

Pesta Kaamatan ialah perayaan tradisi pesta menuai, diraikan oleh masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian lumayan, yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan ikonik dan pertandingan ratu cantik tradisi Unduk Ngadau.

 
Back
Top
Log in Register