BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paras Sungai Di Kelantan Meningkat, APM Tingkat Pemantauan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
31464e58a3ddafcbd1a1cc6ca0bef2036925cff9a2508

fb Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemantauan paras sungai utama di Kelantan yang menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan di negeri ini sejak episod pertama Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada minggu lepas.

Ketua Pesuruhjaya APM Muhammad Abiddin Abd Rahman berkata pemantauan rapi di lapangan melibatkan agensi penyelamat dan jabatan teknikal amat penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku situasi kritikal.

“Beberapa sungai utama di Kelantan kini berada pada paras yang memerlukan perhatian berterusan. Hujan masih berlarutan dan keadaan ini meningkatkan risiko limpahan, khususnya di kawasan rendah,” katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Islah di sini hari ini.

Beliau berkata episod pertama hujan lebat MTL ketika ini telah menjejaskan beberapa daerah termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Mengulas tentang kesiapsiagaan, Muhammad Abiddin berkata sebanyak 1,200 pegawai dan anggota APM telah diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, selain 91 aset darat dan air seperti bot fiber, bot tempur dan lori pelbagai guna berada dalam keadaan siap siaga.

 
Back
Top
Log in Register