Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Fenomena perubahan warna air sungai menjadi kehijauan dan penyusutan paras air di beberapa sungai di Kelantan ketika ini berpunca daripada cuaca kering berpanjangan serta tekanan ekosistem, bukannya petunjuk sungai semakin bersih.
Ketua Kumpulan Penyelidikan Ketahanan Iklim, Air dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Mohamad Faiz Mohd Amin berkata kedua-dua situasi itu saling berkait akibat ketiadaan hujan.
Beliau berkata ketika musim hujan, Sungai Kelantan biasanya membawa beban sedimen terampai yang tinggi akibat hakisan, menyebabkan air berwarna keruh dan coklat.
Mohamad Faiz bagaimanapun berkata pengurangan jumlah hujan memperlahankan aliran air dan menurunkan kadar hakisan, sekali gus menyebabkan kuantiti sedimen terampai yang masuk ke dalam sungai berkurangan secara ketara.
“Perubahan ini sering disalah tafsir sebagai peningkatan kualiti air. Hakikatnya, ia hanyalah perubahan fizikal.
“Apabila air menjadi lebih jernih, cahaya matahari menembusi lebih dalam dan menonjolkan warna semula jadi sistem akuatik, termasuk kehadiran fitoplankton atau alga pada tahap tertentu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohamad Faiz berkata sungai yang mengalir seperti Sungai Kelantan tidak mudah mengalami ledakan alga berskala besar.
“Oleh itu, warna hijau ini lebih munasabah dikaitkan dengan pengurangan sedimen berbanding kehadiran alga sebagai punca utama,” katanya.
Mohamad Faiz ketika mengulas mengenai penyusutan air Sungai Golok ke paras 3.26 meter, iaitu jauh di bawah paras normal lima meter memberi amaran bahawa keadaan itu mengurangkan keupayaan sungai untuk mencairkan bahan pencemar.
Kemarau Panjang Punca Air Sungai Kelantan Hijau, Paras Air Menurun - Pakar
UMK, air, perubahan iklim, sungai, Mohamad Faiz M