BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penurunan Paras Air Sungai Isyarat Awal Krisis Keselamatan Air - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
368ef13bfab5833db3d169c1c3ef174269d9a0451b0f8

Keadaan air Sungai Golok yang surut berikutan cuaca panas berdekatan Pos Ibrahim Pencen baru-baru ini.

Walaupun belum mencapai tahap krisis berskala penuh, fenomena penurunan paras air di beberapa sungai di Kelantan akibat pengurangan hujan ketika ini wajar dilihat sebagai isyarat awal kepada tekanan terhadap sistem keselamatan air.

Ketua Kumpulan Penyelidikan Ketahanan Iklim, Air dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Mohamad Faiz Mohd Amin berkata berdasarkan pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok baru-baru ini merekodkan paras air sekitar tiga hingga empat meter.

Beliau berkata walaupun terdapat tanda pemulihan sementara susulan taburan hujan di kawasan hulu seperti di Jeli dan Gua Musang, keadaan itu masih memerlukan pemantauan rapi sekiranya tempoh kering berterusan.

“Jika kemarau berpanjangan dan aliran sungai terus menurun, paras air boleh jatuh di bawah tahap muka sauk, iaitu lokasi pengambilan air oleh loji rawatan.

“Keadaan ini akan memberi tekanan kepada operasi loji rawatan air dan berpotensi menjejaskan bekalan air mentah kepada pengguna,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas fenomena air sungai yang kelihatan lebih jernih dan kehijauan, beliau menjelaskan ia berpunca daripada perubahan fizikal sistem sungai akibat pengurangan aliran.

“Apabila hujan berkurangan, aliran sungai menjadi perlahan dan kemasukan sedimen seperti tanah dan lumpur turut menurun.

“Apabila sedimen berkurang dengan ketara, air menjadi lebih telus. Ini membolehkan cahaya matahari menembusi lebih dalam dan menonjolkan warna semula jadi air, termasuk kehadiran fitoplankton, iaitu tumbuhan mikroskopik dalam air,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register