BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air: Cabaran Sebenar Aspek Pengurusan, Bukan Kekurangan Sumber - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Air: Cabaran Sebenar Aspek Pengurusan, Bukan Kekurangan Sumber - Pakar​

eabf7e1e04a2cda113515d22173849ea6a7be504c42e0

Tokoh Air Negara 2026 Tan Sri Ir Shahrizaila Abdullah (kiri) yang juga Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM) ketika ditemu bual BERNAMA baru-baru ini.

Malaysia bukan menghadapi masalah kekurangan sumber air sebaliknya cabaran dalam aspek pengurusan yang memerlukan pembaharuan secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan air negara terus terjamin.

Tokoh Air Negara 2026 Tan Sri Ir Shahrizaila Abdullah yang juga Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM) berkata pengurusan air negara perlu diperkukuh melalui tadbir urus yang lebih bersepadu serta kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan.

Pengasas Jawatankuasa Air ASM itu berkata setakat ini, ASM telah menerbitkan pelbagai laporan berkaitan air yang menyediakan input strategik bernilai kepada penggubal dasar serta pihak berkepentingan utama yang lain.

“Penyelesaian kepada isu air bukan sekadar membina lebih banyak empangan tetapi memastikan keseluruhan sistem pengurusan menjadi lebih cekap.

“Air perlu dilihat sebagai satu sistem yang lengkap daripada kawasan tadahan, sungai, loji rawatan hingga kepada pengguna. Jika setiap agensi bekerja secara berasingan, kita tidak akan dapat mencapai pengurusan air yang mampan," kata ahli akademik itu kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Shahrizaila dianugerahkan sebagai Tokoh Air Negara 2026 bersempena dengan Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 Peringkat Kebangsaan di Melaka oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 25 April lepas.

Pengiktirafan itu diberikan bagi menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memajukan serta mengukuhkan ekosistem pengurusan sumber air negara secara mampan dan berpanjangan.

Beliau berkata Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) memerlukan komitmen berterusan daripada kerajaan Persekutuan dan negeri disertai iltizam politik yang kukuh bagi memastikan setiap dasar dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan.

 
Back
Top
Log in Register