BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPA Di Kedah, Perlis Dilaksana Hari Ini Bagi Atasi Penurunan Paras Air Empagangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7d9f7c69fd4e41fcf249d91cef1d9c426a0071d907efb

3aa2c67c1285c5fae3cb78de509474dc6a0071cfe3e86

fb Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kedah dan Perlis dilaksanakan hari ini sebagai langkah segera bagi mendepani situasi penyusutan paras air empangan di kedua-dua negeri itu yang kini berada pada tahap waspada dan kritikal.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kawasan tumpuan operasi melibatkan Empangan Timah Tasoh di Perlis serta empat empangan di Kedah iaitu Empangan Ahning, Pedu, Beris dan Muda.

Menurut NADMA, operasi pada hari ini menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa muatan empat tong bersamaan 6,000 liter larutan garam.

“Bagi menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, NADMA telah menyelaras pelaksanaan dua siri OPA iaitu dari 10 hingga 12 Mei serta 17 hingga 19 Mei,” menurut kenyataan itu.

Agensi berkenaan memaklumkan pelaksanaan OPA merupakan antara usaha bagi membantu meningkatkan paras air empangan daripada terus menyusut yang dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan air untuk sektor pertanian dan kegunaan domestik di kawasan utara.

“Walaupun dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat hujan yang agak banyak di kawasan utara, namun kuantiti air hujan yang masuk ke dalam empangan adalah sangat minimum,” menurut NADMA.

Pada 5 Mei lepas, Perdana Menteri mengarahkan TUDM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meningkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan musim kemarau yang melanda kawasan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register