BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Pembenihan Awan Di Kedah Dan Perlis Berjaya, Diteruskan Di Perak Hari Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
649423f442432fb05b5e9d1aa72dd55c69cc9a845f4de

Gambar fail

Operasi pembenihan awan (OPA) dilaksanakan semalam dikategorikan sebagai berjaya apabila data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan signifikan di dua negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata data di Perlis menunjukkan taburan hujan antara 10 milimeter (mm) hingga 45 mm dari 7 hingga 8 malam, manakala di Kedah mencatatkan antara 6 mm hingga 57.4 mm dari 7 hingga 10 malam.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal.

“Ia merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

OPA memberi fokus kepada 11 empangan utama dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga negeri di utara membabitkan Perak, Kedah dan Perlis, serta satu kawasan di selatan Semenanjung iaitu Johor bermula 6 hingga 8 April.

Ahmad Zahid berkata OPA akan diteruskan hari ini dengan menyasarkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak.

Mengenai OPA semalam yang menyasarkan kawasan tadahan Empangan Muda, Pedu dan Ahning di Kedah dan Empangan Timah Tasoh di Perlis, beliau berkata teknik digunakan adalah semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang sangat aktif di zon sasaran.

“Faktor keberkesanan operasi turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera tinggi serta keadaan atmosfera tidak stabil, yang secara teknikalnya memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap setelah proses pembenihan dilakukan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register