BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

METMalaysia, TUDM Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Perlis, Kedah Hari Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

METMalaysia, TUDM Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Perlis, Kedah Hari Ini​

cdaf09892dc0920bfa0463c52a85dc0a6a994bcadda02

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin menyertai Operasi Pembenihan Awan (OPA) menerusi kerjasama Jabatan Metrologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke negeri Kedah dan Perlis dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Kerajaan terus mengambil langkah awal dan bersasar bagi menghadapi keadaan cuaca kering, kekurangan hujan serta risiko kemerosotan kualiti udara melalui pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perlis dan Kedah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan OPA memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan peluang hujan di kawasan sasaran dan kawasan tadahan, khususnya bagi membantu meningkatkan serta mengekalkan paras air empangan.

Usaha itu penting bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan domestik dan pengairan pertanian terus terjamin ketika berlaku keadaan cuaca kering.

Turut menyertai operasi secara langsung pelaksanaan OPA pada hari ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin untuk melihat sendiri proses operasi, memahami keperluan teknikal serta cabaran yang dihadapi oleh pasukan di lapangan.

Bernama difahamkan bagi operasi hari ini, kawasan sasaran di Perlis ialah Empangan Timah Tasoh, manakala di Kedah membabitkan Empangan Ahning, Pedu, Muda dan Beris.

Tinjauan Bernama mendapati pesawat C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang digunakan bagi operasi berkenaan, dengan empat tangki mengandungi larutan garam yang disediakan untuk proses pembenihan awan.

Larutan berkenaan dibancuh seawal 8 pagi dengan setiap tangki mengandungi campuran kira-kira 200 kilogram garam natrium klorida (NaCl) dan 1,500 liter air, sebelum dimuatkan ke dalam pesawat yang berlepas pada 12.30 tengah hari itu.

Operasi dikendalikan kru TUDM diketuai Mission Commander Mej Mohammad Syaaban Zainal Abidin bersama juruterbang Mej Mohamad Saifullah Mohamad, manakala Kapten Mohd Fuad Mohd Nazir dan Lt Muhammad Awais Fahmi Abdul Razak bertugas sebagai juruterbang bersama.

Lt Muhammad Zulhafizie Mat Zam bertugas sebagai navigator, Mej Muhammad Khairi Khamis sebagai jurutera penerbangan, manakala tiga anggota bertugas sebagai loadmaster (yang mengendalikan pembenihan awan di bahagian belakang pesawat), iaitu PW U II Zamzuri Mat Jusoh, Sjn U Muhd Nur Ezzat Ismail dan Sjn U Muhammad Syazwan Mohd Yusoff.

 
Back
Top
Log in Register