BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembenihan Awan Di Kedah Berjaya Hasilkan Hujan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pembenihan Awan Di Kedah Berjaya Hasilkan Hujan​

f8ee41b75385ceba377e19bca09702916a9ab38264e46

d4b471145a0ff86e91effe4782304e4b6a9ab38f5bc67

f909933d038354d03b359cb144913a486a9ab39cb68ee


Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Kedah bagi meningkatkan paras air di empangan dan kawasan tadahan di negeri berkenaan berjaya menghasilkan hujan di Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Beris.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Abd Aziz berkata operasi yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Sept itu juga membolehkan hujan dicerap di sekitar Empangan Ahning.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memberikan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal untuk melaksanakan operasi berkenaan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Operasi pembenihan awan menggunakan pesawat C130-Hercules milik TUDM itu dilaksanakan pada pukul 1.52 tengah hari di Empangan Ahning, 2 petang di Empangan Pedu dan 2.21 petang di Empangan Beris dengan aras penerbangan antara 5,000 hingga 6,000 kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata OPA yang dilaksanakan bermula semalam itu menyasarkan kawasan tadahan utama di Kedah dan Perlis yang dikenal pasti masih berada pada paras waspada hingga kritikal.

Muhammad Khalil berkata semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang aktif di kawasan sasaran empangan.

Menurut Muhammad Khalil, faktor keberkesanan operasi itu turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera yang tinggi serta keadaan atmosfera tidak stabil dan arah angin yang secara teknikalnya menggalakkan pertumbuhan awan hujan.

“Berdasarkan data cerapan radar cuaca, aktiviti hujan mula dikesan di kawasan tadahan Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Beris pada pukul 2 petang manakala di Empangan Ahning, hujan dapat dikesan di kawasan berhampiran empangan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register