BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Pembenihan Awan Di Melaka, Johor Hasilkan Hujan Di Kawasan Sasaran - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c6043ad96f8555b41809e5ce25a7e94c69ea1c41c0622

04d00ff6b25cf6e5aeb2bc26841d3b2969ea1c53df85c

Kredit: FB Zahid Hamidi

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang dilaksanakan bermula Isnin hingga hari ini berjaya menghasilkan taburan hujan yang signifikan di beberapa kawasan sasaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata taburan hujan antara dua hingga 24 milimeter (mm) sehari direkodkan di Melaka manakala di Johor, antara lima hingga 40 mm sehari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata operasi tersebut dilaksanakan di lapan empangan dan dua loji rawatan air di Melaka pada Isnin serta Selasa sebelum diteruskan di Johor semalam dan hari ini.

“Bagi siri ketiga di Johor, operasi tertumpu di beberapa kawasan tadahan empangan utama termasuk Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Pulai dan Lebam serta kawasan Gugusan Lok Heng dan Bukit Waha di Kota Tinggi.

“Operasi dilaksanakan oleh pesawat TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang berlepas dari Pangkalan Subang dan selesai dalam tempoh kurang tiga jam, meliputi beberapa zon sasaran yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Ahmad Zahid juga berkata keadaan atmosfera yang sesuai sepanjang tempoh operasi membantu proses pembentukan awan hujan dengan lebih efisien.

Beliau berkata kerjasama erat antara Jabatan Meteorologi Malaysia, TUDM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan operasi berkenaan.

Ahmad Zahid berkata operasi itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber air negara khususnya dalam mendepani cabaran perubahan cuaca yang tidak menentu.

“Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan memperkukuh usaha yang perlu bagi memastikan kesiapsiagaan serta pengurusan sumber air negara sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register