combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melakukan proses penyediaan larutan garam bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan sejak semalam mula menunjukkan hasil apabila paras air empangan di Perlis dan Kedah mencatat peningkatan walaupun masih kecil, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata berdasarkan cerapan radar cuaca semalam, hujan mula turun bermula 3.30 petang di Empangan Muda, Kedah, sebelum menjadi lebih meluas dan berterusan meliputi semua kawasan sasaran di Kedah dan Perlis antara 6 petang hingga 8 malam.
Keadaan itu membawa taburan hujan sekitar 29.8 milimeter (mm) hingga 34.7 mm di Perlis dan antara 9.3 mm hingga 30.9 mm di Kedah dalam tempoh 7 malam hingga 8 malam.
Beliau berkata laporan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut merekodkan taburan hujan di beberapa lokasi utama iaitu 13.5 mm di stesen Pedu, antara 6.0 mm hingga 49.0 mm di stesen Muda serta 2.0 mm hingga 4.0 mm di Ahning - semuanya di Kedah.
“Hari ini operasi hari kedua memberi tumpuan kepada kawasan Empangan Pedu (Kedah) dan Timah Tasoh (Perlis) yang mengalami kepanasan luar biasa bagi meningkatkan takungan air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau penyelarasan OPA oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke negeri Kedah dan Perlis di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan jangkaan cuaca panas ekstrem berterusan sehingga akhir bulan ini sebelum beransur reda menjelang Jun, operasi itu akan diteruskan sehingga 10 April dengan pemantauan pergerakan angin dan awan bagi memastikan hujan turun berhampiran kawasan sasaran.
Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan NADMA, di bawah penyelarasan Jawatankuasa Bencana Negara.
Selain di kawasan utara, operasi sama dijangka diperluas ke Perak dan Johor yang turut berdepan cuaca kering serta kebakaran tanah gambut.
Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi, operasi, pembenihan awan, Perl