combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Gambar fail
Melaka dijangka melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dalam tempoh seminggu ini selepas permohonan kerajaan negeri untuk melaksanakan operasi itu diluluskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha melaksanakan operasi tersebut sedang diteliti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) daripada pelbagai aspek, antaranya kesesuaian waktu penerbangan dan pembentukan awan.
Beliau berkata permohonan operasi tersebut dibuat bagi meningkatkan taburan hujan khususnya ketika paras empangan di negeri itu menunjukkan trend penurunan, selain MetMalaysia meramalkan Melaka akan mengalami cuaca panas dan taburan hujan yang rendah hingga September ini.
"Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan melaksanakan OPA melalui NADMA. Alhamdulillah ia telah diluluskan dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh seminggu ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk cuaca.
"Sekiranya keadaan cuaca panas dan kering ini berterusan, bekalan air di Empangan Jus dijangka hanya dapat bertahan hingga November, begitu juga Empangan Durian Tunggal," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Jus Fasa Dua di sini hari ini.
Turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Ab Rauf berkata beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan lebih awal bagi memastikan kestabilan rizab air mentah negeri, antaranya mengaktifkan semua kolam alternatif serta sumber simpanan air tambahan di seluruh negeri bagi memperkukuh kapasiti bekalan sedia ada.
Selain itu, beliau berkata usaha meningkatkan kempen kesedaran dan penjimatan air dalam kalangan masyarakat turut dilakukan sebagai langkah bersama dalam memastikan penggunaan air lebih terkawal.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa memantau rapi kapasiti kawasan tadahan air yang kini terjejas akibat cuaca kering berpanjangan dan setakat ini, paras air di Empangan Durian Tunggal telah menurun 0.5 peratus manakala di Empangan Jus menurun 0.3 peratus," katanya.
OPA Dijangka Dilaksana Di Melaka Dalam Tempoh Seminggu
Melaka, awan, benih, seminggu, permohonan, NADMA,