combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
GEAR-uP Kini Tumpu Kepada Penyampaian Hasil, Dijangka Beri Manfaat Dalam Tempoh Tiga Tahun
Pandangan udara tapak pembangunan pusat data Google yang pertama dan wilayah Google Cloud di Elmina Business Park, Greater Kuala Lumpur, Malaysia. - (Kredit Google)
Inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) kini memasuki fasa pelaksanaan dan penyampaian hasil, dengan manfaat pelbagai pelaburan strategik dan reformasi ekonomi dijangka mula dirasai rakyat dalam tiga tahun akan datang.
Menurut Laporan Kemajuan GEAR-uP yang dikeluarkan hari ini, hala tuju program nasional diterajui Kementerian Kewangan tersebut dimuktamadkan sejak awal 2024, sekali gus membolehkan tumpuan selepas itu beralih sepenuhnya kepada pelaksanaan inisiatif dan penyampaian hasil.
“Lanjutan itu, tempoh tiga tahun yang akan datang membawa perkembangan bermakna yang amat dinantikan. Segala inisiatif yang sedang dilaksanakan kini semakin hampir untuk dirasai segenap lapisan masyarakat Malaysia,” menurut laporan itu.
Dari segi kompleksiti ekonomi, laporan itu memaklumkan ekosistem semikonduktor negara terus diperluas melalui kohort inkubasi SemiconStart Malaysia dan pengukuhan dana rentas sempadan sejak 2025.
Pada masa sama, kapasiti pusat data skala besar dan logistik terus melonjak menerusi pusat data Google di Selangor yang menambah kapasiti sebanyak 320 megawatt (MW) dengan jangkaan mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan tahun ini dan 2027, disusuli pembangunan berfasa oleh Empyrion Digital di Johor.
Dari aspek perusahaan dan pasaran modal, laporan itu memaklumkan Dana Pemacu, Dana Impak dan Dana Perintis membimbing lebih banyak syarikat berkembang daripada peringkat modal teroka ke peringkat pertumbuhan, dan Dana Ciptawan Khazanah akan ditambah sebanyak RM200 juta untuk memperkasakan perusahaan Bumiputera dan syarikat pertengahan.
Menurut laporan itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula berada di landasan kukuh untuk meningkatkan nilai pasaran sebanyak RM100 bilion menjelang 2028.
“Pada masa sama, inisiatif MY Value Up kini meluaskan pengaruhnya kepada 88 syarikat tersenarai terbesar negara. Kemampanan usaha ini menentukan sama ada sasaran modal pasaran sebanyak RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion menjelang 2030 di bawah Pelan Induk Pasaran Modal boleh dicapai,” menurut laporan itu.
Dalam pada itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) melabur sebanyak RM12 bilion pada 2025 dan dijangka meningkatkan kepada RM15 bilion pada 2027 di bawah Tempoh Kawal Selia 4 bagi menyokong sasaran kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang 2050.
Loading…
www.bernama.com