BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemarau Panjang Punca Air Sungai Kelantan Hijau, Paras Air Menurun - Pakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
340dbfb2f353ebbe9075a29d6c7e2dd169c9d71e4c294


Fenomena perubahan warna air sungai menjadi kehijauan dan penyusutan paras air di beberapa sungai di Kelantan ketika ini berpunca daripada cuaca kering berpanjangan serta tekanan ekosistem, bukannya petunjuk sungai semakin bersih.

Ketua Kumpulan Penyelidikan Ketahanan Iklim, Air dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Mohamad Faiz Mohd Amin berkata kedua-dua situasi itu saling berkait akibat ketiadaan hujan.

Beliau berkata ketika musim hujan, Sungai Kelantan biasanya membawa beban sedimen terampai yang tinggi akibat hakisan, menyebabkan air berwarna keruh dan coklat.

Mohamad Faiz bagaimanapun berkata pengurangan jumlah hujan memperlahankan aliran air dan menurunkan kadar hakisan, sekali gus menyebabkan kuantiti sedimen terampai yang masuk ke dalam sungai berkurangan secara ketara.

“Perubahan ini sering disalah tafsir sebagai peningkatan kualiti air. Hakikatnya, ia hanyalah perubahan fizikal.

“Apabila air menjadi lebih jernih, cahaya matahari menembusi lebih dalam dan menonjolkan warna semula jadi sistem akuatik, termasuk kehadiran fitoplankton atau alga pada tahap tertentu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohamad Faiz berkata sungai yang mengalir seperti Sungai Kelantan tidak mudah mengalami ledakan alga berskala besar.

“Oleh itu, warna hijau ini lebih munasabah dikaitkan dengan pengurangan sedimen berbanding kehadiran alga sebagai punca utama,” katanya.

Mohamad Faiz ketika mengulas mengenai penyusutan air Sungai Golok ke paras 3.26 meter, iaitu jauh di bawah paras normal lima meter memberi amaran bahawa keadaan itu mengurangkan keupayaan sungai untuk mencairkan bahan pencemar.

 
Back
Top
Log in Register