BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Hilang Di Sungai Kelantan Ditemukan Lemas Selepas Empat Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Remaja Hilang Di Sungai Kelantan Ditemukan Lemas Selepas Empat Hari​

75796a7e6f8d0a8aa3fb8f9ee184cef16a7ef76491510

e910afc4c02aafe53e89f18168aea1946a7ef0d8cbc9a

Kredit: Bomba Kelantan

Seorang lagi mangsa Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza, 14, yang hilang di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai ditemukan lemas kira-kita 1 tengah hari tadi selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata mayat mangsa ditemukan berhampiran Sungai Kemubu di Kampung Bandar, Pulai Chondong, kira-kira 50 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh di Kampung Aur Duri.

“Operasi SAR hari keempat bermula 8 pagi tadi dengan kekuatan 20 bot membabitkan Skuad Bantu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan polis.

“Pengesahan identiti mangsa dilakukan pada 2.50 petang tadi sebelum jasad diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Yusmiza Mamat, 42, berkata keluarganya bersyukur kerana jasad anak keduanya itu akhirnya ditemukan.

“Kami memang berharap dia ditemukan dalam keadaan selamat, namun reda dengan ketentuan Ilahi apabila jasadnya ditemukan selepas empat hari terjatuh ke sungai.

“Jenazah anak saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Aur Duri kerana emaknya, Norhasmiza Kamarudin, berasal dari kampung ini,” katanya.

Dalam kejadian pada 6.39 petang Selasa lepas, Mohd Rayyan Hakimi dan rakannya Luth Naiman Mohd Noraziron, 14, dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan.

Mayat Luth Naiman ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 9.10 pagi semalam, kira-kira 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

 
Back
Top
Log in Register