BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemukan Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Remaja Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemukan Lemas​

80bff4d2c1b7cb783c6453cf8be241af6a5496c927bf0

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Johor

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas petang semalam selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Taman Bayu Senibong di sini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Mohd Faiz Ramli berkata mangsa ditemukan pada 6.01 petang.

“Mangsa ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira 20 meter dari tebing pada kedalaman enam meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faiz berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.31 petang semalam, melibatkan mangsa dan seorang rakan sebayanya.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang,” katanya.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register