Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Ogos 2025 di Menara Komunikasi hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk membangunkan 10 instrumen subsidiari yang telah dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan berkesan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2024.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata instrumen berkenaan melibatkan aspek tatacara, pentadbiran serta mekanisme klasifikasi kemudaratan dalam talian, namun tempoh yang diberikan perlu dipendekkan.
“Saya minta sebelum hujung tahun, kalau boleh lebih awal dari itu, mungkin dalam masa beberapa bulan kerana ONSA telah mula berkuat kuasa pada Julai.
“Untuk ia (ONSA) berfungsi dengan betul... dengan baik, perlukan 10 instrumen subsidiari. Ini yang kita akan fokuskan. Paling penting kita mahukan keadaan dalam talian ini lebih selamat dan dikurangkan mudaratnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Fahmi berkata jenayah dalam talian masih berleluasa pada masa ini antaranya penggunaan teknologi 'deepfake' atau teknik palsu asli.
“Sebagai contoh, wajah Profesor Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi) telah disalahgunakan melalui laman sosial Facebook walaupun akaun itu tiada kaitan dengan beliau,” katanya.
Beliau berkata sekiranya instrumen subsidiari seperti Kod Keselamatan Dalam Talian diwujudkan, platform media sosial tidak boleh membenarkan kandungan berbentuk penyamaran atau 'deepfake' disebarkan.
Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi menegur MCMC atas kelewatan berkenaan dan berharap tindakan segera diambil memandangkan rakyat mahu melihat kerajaan mengenakan tindakan terhadap platform media sosial yang didapati memerangkap pengguna hingga terjebak dengan penipuan jenayah siber.
ONSA: MCMC Digesa Bangunkan 10 Instrumen Subsidiari Menjelang Hujung Tahun Ini - Fahmi
Fahmi Fadzil, MCMC, instrumen, ONSA, deepfake