BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Draf Pelan Induk TOD Sg Nibong Dimuktamadkan Oktober, Tempoh Pembangunan Hingga 15 Tahun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Draf Pelan Induk TOD Sg Nibong Dimuktamadkan Oktober, Tempoh Pembangunan Hingga 15 Tahun​

036d0c2553599d1978726a58e70fd36e6a6af43eb2287

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kiri) berbual dengan Arkitek dan Pereka Bentuk Bandar Abhijit Kondhalkar (kanan) dan Arkitek dan Perancang Bandar Pranjali Deshpande (dua, kanan) pada majlis Simposium Libat Urus Pemegang Taruh Draf Pelan Induk Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Sungai Nibong (Tapak Pesta) hari ini.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Zairil Khir Johari (tiga, kanan).


Draf Pelan Induk Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Sungai Nibong akan dimuktamadkan pada Oktober manakala fasa pelaksanaan dijangka mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan proses libat urus dengan pelbagai pihak terlibat termasuk pemegang taruh dan selepas dimuktamadkan, tumpuan diberikan kepada kaedah pelaksanaan.

“Ini akan melibatkan pengurusan projek, pembiayaan serta kemungkinan pendekatan kerjasama awam-swasta kerana ada komponen lebih sesuai dilaksanakan oleh sektor swasta manakala ada lebih sesuai dikendalikan kerajaan.

“Pelaksanaan keseluruhan projek bergantung kepada perancangan fasa pembangunan dan konsep yang dibentangkan yang perlu diperhalusi supaya mematuhi garis panduan perancangan, penyediaan kemudahan awam serta keperluan perumahan termasuk kategori perumahan sosial,” katanya.

Chow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Libat Urus Pemegang Taruh Draf Pelan Induk TOD Sungai Nibong (Tapak Pesta) yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari di sini hari ini.

Draf pelan induk itu disediakan menerusi kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bank Pembangunan Asia, perunding yang dilantik, MRT Corporation serta pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Chow berkata pembangunan TOD Sungai Nibong yang melibatkan kawasan kira-kira 23.47 hektar termasuk komponen depoh dan stesen Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara oleh MRT Corporation, ialah pelaburan perancangan bandar dengan manfaat yang akan dirasai dalam jangka panjang.

“TOD Sungai Nibong dirangka sebagai panduan pembangunan jangka panjang Pulau Pinang yang akan memberi kesinambungan, kepastian serta hala tuju jelas kepada pembangunan bandar untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Zairil berkata pemilihan Sungai Nibong kerana kedudukannya sebagai hab pengangkutan pelbagai mod yang menghubungkan LRT Laluan Mutiara dengan perkhidmatan bas, mempunyai hubungan strategik dengan lapangan terbang, kawasan perindustrian Bayan Lepas serta kawasan perumahan sekitar.

 
Back
Top
Log in Register