combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Prasarana Di Peringkat Akhir Muktamadkan Perjanjian Pembangunan Lapan Projek TOD
Pengerusi Prasarana Tan Sri Mohd Nasir Ahmad (tengah) menyempurnakan pelancaran Laporan Kelestarian Prasarana Tahun 2024/2025 di Menara Prasarana, hari ini.
Turut serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif UN Global Compact Network Malaysia, Brunei, Cambodia (UNGCMBC) Faroze Nadar (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengarah Kelestarian, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Datuk Zaiviji Ismail Abdullah (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelestarian, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Idzqandar Abu Bakar (kanan).
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini berada di peringkat akhir memuktamadkan perjanjian bagi membangunkan lapan projek perumahan rakyat berkonsepkan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan berkata lapan projek yang telah dikenal pasti itu melibatkan kawasan di sepanjang Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dan Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp), justeru beberapa perkara masih diperhalusi sebelum perjanjian dimuktamadkan.
"Setakat ini, kami telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan. Kami akan berusaha mempercepat pelaksanaan projek ini," katanya pada sidang media selepas pelancaran Laporan Kelestarian Prasarana 2024/2025 di Menara Prasarana, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun lepas yang mahu tanah milik Prasarana yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam dibangunkan sebagai projek perumahan rakyat menerusi konsep TOD.
Perdana Menteri berkata pembangunan di kawasan strategik berdekatan stesen pengangkutan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) juga perlu mengutamakan kemudahan parkir yang mencukupi serta ruang perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana.