kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,714
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,714
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Anwar Mahu Tanah Prasarana Dibangunkan Sebagai Perumahan Rakyat Berkonsep TOD
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki tren Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) pada Majlis Peluncuran Laluan Shah Alam di Stesen LRT Sri Andalas, Klang.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri).
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 KM siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tanah milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam dibangunkan sebagai projek perumahan rakyat menerusi konsep Transit Oriented Development (TOD).
Beliau berkata pembangunan di kawasan strategik berdekatan stesen pengangkutan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) juga perlu mengutamakan kemudahan parkir yang mencukupi serta ruang perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana.
"Pendekatan itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos perjalanan rakyat dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, malah berpotensi menjana pulangan komersial yang lebih baik.
“Saya tidak fikir perumahan mewah patut diberi tumpuan di sini, tetapi perumahan rakyat, dan tentunya kedai serta gerai kecil dan sederhana dapat ditempatkan di situ untuk menambah nilai,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini, hari ini.
Anwar berkata beliau telah memberi mandat kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk menyegerakan pembangunan tanah milik Prasarana yang luas, khususnya di kawasan bandar yang padat penduduk, agar tidak dibiarkan tanpa pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata kerjasama erat antara Kementerian Pengangkutan, Prasarana, Kementerian Kewangan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu diperkukuh bagi mempercepat pelaksanaan projek TOD.
“Jadi, saya minta Ketua Setiausaha, Prasarana dan Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam memberikan kerjasama supaya hal ini dapat dilaksanakan dengan segera,” kata beliau.
Anwar berkata pembangunan perumahan rakyat di kawasan berdekatan stesen pengangkutan awam perlu dijadikan keutamaan kerana golongan berpendapatan rendah sukar memiliki rumah tanpa campur tangan dan sokongan kerajaan.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan reformasi birokrasi bagi mempercepatkan proses kelulusan projek pembangunan, termasuk perumahan rakyat.