BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Mula Rundingan Awam Bagi Instrumen Di Bawah ONSA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4bceb2ce255355e6c07a02b7f0663c01698db89e28a82

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan rundingan itu termasuklah draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

“Kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

“Kerangka kawal selia dan draf kod ini menetapkan keperluan yang jelas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengambil langkah munasabah dan berkesan bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal,” menurut MCMC.

Melalui Rundingan Awam itu, MCMC membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat, termasuk mendapatkan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian.

“Orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil serta pihak berkepentingan dialu-alukan untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas,” menurut kenyataan itu.

MCMC mengundang orang awam untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada MCMC, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk elektronik, selewat-lewatnya pada 5 petang, 13 Mac ini.

Menurut MCMC, maklumat lanjut kepada dokumen rundingan awam mengenai cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian boleh didapati dengan melayari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-consultation-on-the-online-safety-plan.

Draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak pula boleh didapati menerusi https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-consultation-on-the-codes-of-the-duties-und.

 
Back
Top
Log in Register