BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Lengkapkan Kerangka Kawal Selia, Instrumen Subsidiari Akta 866 - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

MCMC Lengkapkan Kerangka Kawal Selia, Instrumen Subsidiari Akta 866 - Fahmi​

d19c8b26c3019291921cb578e9c461be6a3b86b0e6a16

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Kerajaan sedang melengkapkan kerangka kawal selia di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866], termasuk memuktamadkan satu lagi instrumen peraturan berkaitan ciri-ciri pesanan peribadi bagi memperjelas kewajipan platform digital dalam menangani kandungan memudaratkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang mengadakan rundingan awam bagi membangunkan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Sifat yang Lain bagi Ciri-Ciri Pesanan Peribadi).

Fahmi berkata rundingan awam yang bermula dari 19 Jun itu dijadualkan berakhir pada 20 Julai ini sebelum peraturan berkenaan dimuktamadkan.

“Kesemua perundangan subsidiari, kod dan garis panduan ini digubal bagi memperincikan kewajipan serta obligasi pemberi perkhidmatan berlesen di bawah Akta 866, di samping memberikan panduan yang jelas mengenai pematuhan terhadap tanggungjawab statutori,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) tentang status pembangunan instrumen subsidiari di bawah Akta 866, termasuk peraturan, garis panduan dan mekanisme pelaksanaannya.

Fahmi berkata peraturan itu antara 10 instrumen subsidiari yang merangkumi peraturan, kod serta garis panduan yang melengkapi Akta 866, dengan empat daripadanya telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 2026 serentak dengan akta itu.

“Ia melibatkan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Fi) 2025, Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Bentuk Aku Janji) 2025, Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tribunal Rayuan Keselamatan Dalam Talian) 2025, dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025.

“Dua lagi peraturan subsidiari telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2026, iaitu Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Pengkompaunan Kesalahan) 2026 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Pelan Keselamatan Dalam Talian) 2026,” katanya.

Fahmi berkata pelaksanaan Akta 866 bersama peraturan subsidiari, kod dan garis panduan itu akan memastikan platform media sosial memikul tanggungjawab lebih besar dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, termasuk mengesan serta menangani kandungan memudaratkan secara lebih proaktif.

 
Back
Top
Log in Register