BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlu Percepat Kerangka Dasar Dan Kawal Selia AI Berisiko Tinggi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
5acfa11cebce90bbb33b934cc83434f069c8a4b2aba92

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Institute for Data Innovation and Artificial Intelligence (IDEA-AI) Profesor Dr Mohd Saberi Mohamad

Malaysia perlu mempercepat usaha memperkukuh kerangka dasar dan pengawalseliaan kecerdasan buatan (AI), khususnya bagi teknologi berisiko tinggi, demi melindungi keselamatan digital dan mengekang penyalahgunaan seperti penipuan deepfake yang semakin berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Institute for Data Innovation and Artificial Intelligence (IDEA-AI) di Melbourne, Australia dan Kuala Lumpur Profesor Dr Mohd Saberi Mohamad berkata langkah itu penting kerana teknologi AI semakin canggih sehingga mampu meniru suara dan identiti individu untuk memperdaya mangsa, sekali gus menyaksikan peningkatan ketara jenayah penipuan dalam talian.

Beliau berkata lebih 35,000 kes penipuan dalam talian dilaporkan pada 2024 membabitkan kerugian kira-kira RM1.58 bilion, manakala tiga bulan pertama 2025 mencatat 12,000 kes bernilai RM573.7 juta.

“Walaupun tidak semua kes melibatkan deepfake, teknologi AI kini semakin digunakan oleh sindiket penipuan untuk meniru suara atau identiti seseorang bagi memperdaya mangsa.

“Malah, pada peringkat global, laporan keselamatan siber menunjukkan penipuan berasaskan deepfake meningkat lebih 10 kali ganda antara 2022 hingga 2023,” katanya kepada Bernama.

Kementerian Digital kini dalam fasa akhir merangka Rang Undang-undang (RUU) Tadbir Urus AI yang dijangka dibentangkan tahun ini bertujuan menangani risiko AI secara menyeluruh selain memastikan ekosistem AI yang selamat dan bertanggungjawab.

November lepas, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dilaporkan sedang membangunkan kerangka kawal selia AI meliputi risiko, kemudaratan, pelaporan insiden dan prinsip etika yang akan menjadi asas kepada RUU itu.

Mohd Saberi berkata kerangka perundangan sedia ada, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan, tidak mengkhusus kepada AI dan digubal sebelum kemunculan teknologi deepfake.

 
Back
Top
Log in Register