BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Obesiti & Imuniti Badan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240316_090703_656.jpg

IMG_20240316_090707_945.jpg

IMG_20240316_090711_654.jpg

IMG_20240316_090714_560.jpg


OBESITI DAN IMUNITI BADAN

Kita sering mendengar bahawa obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung dan lain-lain lagi. Tapi pernahkah anda dengar, obesiti boleh menjejaskan fungsi sistem imuniti badan?

Betul ke? Bagaimana boleh berlaku?
Jom baca perkongsian kami.

Sumber :
Pusat Maklumat Pemakanan Johor
 
Macam kat thread sebelah, kalau saya jadi menteri kesihatan, saya sedaya upaya slow2 tutup operasi kedai makan sehingga 12am.

Makan lewat malam antara punca obesity.

Ni antara punca lain juga bang
Lebih jam 12 malam pun masih minum air teh tarik
Manis pulak tu
Makan pula roti canai
Balik rumah dah tidur
Kalori tersimpan sebagai lemak
Mana tak jadi obes
 
Betul
Bergantung kepada diri sendiri
Salah satu punca makan lwt malam adalah bersukan waktu malam
Lepas bersukan jadi lapar
Singgah kedai untuk makan
Akhirnya tak elok juga untuk kesihatan
Betul tu.
Belum pernah saya jumpa orang makan kurma je lepas exercise malam 😝
 

50 peratus penjawat awam di Putrajaya obesiti - KSN​




FADILLAH ketika melepaskan peserta larian MAPPA di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
FADILLAH ketika melepaskan peserta larian MAPPA di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Oleh demikian, beliau berkata, penjawat awam begitu digalakkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti sihat sebagai usaha memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik.

"Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obesiti dalam kalangan penjawat awam khususnya di Putrajaya.

"Jadi adalah penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk acara larian seperti hari ini, yang amat kita galakkan," katanya selepas menyertai program Car Free Day (CFD) di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, program sihat membabitkan larian pada hujung minggu akan diteruskan di setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan di seluruh negara selepas ini.

"Larian sebegini sebagai satu bukti untuk kita menggalakan budaya sihat dikalangan penjawat awam khususnya," katanya.

Ditanya mengenai program kemerdekaan, Mohd Zuki berkata, agensi kerajaan ketika ini sudah bersedia meraikan bulan itu selepas penganjuran kempen kibar jalur gemilang oleh Perdana Menteri, minggu lalu.

"Semua pihak sudah mengambil inisiatif untuk mengibarkan jalur gemilang malah mengatur pelbagai program sempena bulan kemerdekaan seperti acara patriotik dan membaca puisi. Kita jangkakan ia akan 'peek' menjelang 31 Ogos ini," katanya.

CFD yang dirasmikan oleh Fadillah, hari ini turut menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan lebih 1,500 penjawat awam dan keluarga.

CFD yang dirasmikan oleh Fadillah, hari ini turut menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan lebih 1,500 penjawat awam dan keluarga.

Program CFD yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan diadakan pada minggu keempat pada setiap bulan,serta diadakan semula selepas enam tahun penganjuran.
Ia dilakukan untuk memberi peluang kepada penduduk sekitar menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat seperti berjalan kaki dan menaiki basikal.

Sepanjang tempoh CFD, penutupan penuh akan dijalankan di Dataran Putrajaya, bermula di Persimpangan Menara Prisma ke Persimpangan Menara Tulus.


 
Back
Top
Log in Register