BTC USD 119,610 Gold USD 3,350.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesan Obesiti Dan Diabetes Terhadap Penyakit Hati Di Malaysia

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,570
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,570
Reaction score
218
Points
38
fddfe5f9321dc72f3bff41612602d23f67ff25f2e6d24

Peningkatan kadar obesiti dan diabetes di Malaysia kini menjadi punca kepada lonjakan kes penyakit hati, dengan pakar memberi amaran mengenai kesan kesihatan jangka panjang yang serius sekiranya isu ini tidak ditangani segera.

Pakar Perundingan Perubatan Am dan Endokrinologi Sunway Medical Centre Sunway City Dr Lim Chong Wei berkata dua gangguan metabolik berkenaan secara signifikan meningkatkan risiko menghidap penyakit hati berlemak bukan akibat alkohol (NAFLD) yang boleh berkembang menjadi komplikasi hati serius.

Beliau berkata kedua-dua keadaan itu berkait rapat dengan NAFLD, iaitu lebihan lemak terkumpul dalam hati seterusnya menyebabkan keradangan, fibrosis dan sirosis.

Dr Lim menjelaskan bahawa NAFLD yang turut dikenali sebagai penyakit hati berlemak berkaitan disfungsi metabolik, sering kali merupakan penyakit senyap, dengan banyak pesakit tidak menyedari mereka menghidapnya sehingga mencapai peringkat lebih serius.

Beliau berkata diabetes terutamanya Type 2, mempercepatkan kerosakan hati dengan meningkatkan rintangan insulin dan pengumpulan lemak dalam hati, sekali gus menjadikan pengesanan awal dan langkah intervensi amat penting bagi mencegah komplikasi lebih serius.

"NAFLD telah menjadi punca utama penyakit hati kronik di seluruh dunia dan Malaysia, gabungan diet tinggi kalori, gaya hidup tidak aktif serta gangguan metabolik menjadi faktor utama peningkatan kes ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tahun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa lebih separuh daripada populasi di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, menurut penemuan utama Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023.

Laporan itu menunjukkan kadar prevalens rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan obes telah meningkat kepada 54.4 peratus, berbanding 50.1 peratus pada 2019.

Laporan itu turut menekankan risiko berkaitan dengan masalah berat badan berlebihan atau obes, termasuk penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

Sponsored Post

adeh memang den ado mslh obesiti,
cumo diabetes & darah tinggi tu dh kontrol dah lps cek hospital & jago mkn

skg den cubo kawal mkn especially gulo, bnyk mkn mknn fresh, elak mknn proses & bnyk minum air kosong...

kengkawan yg ado mslh yg samo, blh share cmno korang hadap dgn obesiti?
 
Kawe x makan nasi 3 hari, air kosong sejuk atau panas.... InshaAllah akan ada perubahan.... kilogram
Selama 3 hari tu badan mmg akan berasa lemah, layu sbb xde tenaga dan saki baki tenaga akan sedut lemak2 utk tenaga....cubalah ye
Dulu kawe 100kg, LONI 62kg
 
halamak ni mcm diet keto ajo..... den klu sehari x mkn nasi, x mkn gulo blh jadi gilo

ekekkekekeke

tanhniah jang from 100kg to 62kg memang amazing lah, bleh share kek sini ;
a. tempoh masa from 100kg to 62kg
b. jenis makanan yg dimakan & yg pantang & jadual pemakanan
c. jenis senaman yg dilakukan
d. supplemen yg dimakan jika ada
e. motivasi yg menjadikan ekau nk turun berat badan
 
Nanti2 ye Ambo isi
 
Sori x berapa sihat nak reply,
a. Tempoh masa dlm 4 bulan
b.xada selera nak makan, asyik muntah je
c. Xde senaman, cuma ulang alik naik moto 80km sehari g ke
d. Xde supplemen
e. Motivasi pun xde, dia turun sendiri

Mgkin sbb aku nak kena heart attack kot masa tu tahun 2018.....sampaikan doktor IJN pun tgk ic dan rupa bentuk aku, diaorg x percaya....diaorg pun minta tips mcmana bole jd mcm ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register