BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengampunan bersyarat Najib bermakna buat rakyat, dakwa PAS

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Pengampunan bersyarat Najib bermakna buat rakyat, dakwa PAS​

4a8bf552-3388-4f9a-a32a-071529796c34-Takiyuddin-Hassan-Muktamar-Tahunan-PAS-fmt-5926.jpg

Takiyuddin Hassan berkata PAS yakin Najib Razak masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu melafazkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keputusan berkenaan.

“Perkembangan ini amatlah bermakna bukan sahaja kepada keluarga Najib, tapi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengenang dan menghargai jasa serta khidmat bakti beliau sebagai pemimpin yang telah membawa pembangunan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat.

“PAS seterusnya memdoakan agar Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman terhadapnya di rumah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan keyakinan PAS yang bekas presiden Umno itu masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.

Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat ditetapkan.

Umno hari ini turut mengumumkan akan melancarkan tabung sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda berkenaan.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.

Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.

Najib sedang merayu terhadap sabitan itu.
 
Back
Top
Log in Register