BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Kerap Sakit Perkara Biasa, Pembinaan Imuniti Secara Berperingkat - Pakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
cfe0ab580ae959f7ed39c94ab552c4826966fe50d2ac2

674cd2e86f1c9326c9f1b26f804e5fc86966fe45ae908

bd78b3c4e5edafe5539be07fc3e3ecca6966fe3af2ddc

Kredit : Sunway Medical Centre (SMC), Sunway City

Anak-anak kecil kebiasaannya kerap mengalami batuk, ruam atau demam ringan sehingga mengganggu rutin harian dan persekolahan mereka, menyebabkan ibu bapa diselubungi perasaan bimbang dan mengganggu soal kerja kerana perlu menjaga anak-anak yang kurang sihat.

Pakar Pediatrik dan Penyakit Berjangkit Pediatrik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Ch’ng Tong Wei berkata hakikatnya kanak-kanak, khususnya yang baru memasuki prasekolah, memang sering mudah jatuh sakit iaitu antara lapan hingga 12 kali setahun kerana sistem imuniti mereka yang lemah.

“Sistem imun mereka ibarat sehelai kertas kosong. Lama-kelamaan, imuniti mereka semakin kuat kerana setiap jangkitan membantu dalam penghasilan antibodi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat perubatan itu hari ini.

Dr Ch’ng berkata bagaimanapun pendedahan kepada pelbagai jangkitan pada usia awal dapat membantu mematangkan sistem imun, menyebabkan kanak-kanak yang lebih berusia dan orang dewasa kurang dijangkiti penyakit.

Beliau berkata dalam keadaan iklim tropika Malaysia, antara jangkitan yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah influenza A dan B; jangkitan virus sinsitium pernafasan (RSV) dan adenovirus; penyakit  tangan, kaki, dan mulut (HFMD), gastroenteritis, denggi, serta penyakit seperti cacar air dan campak, khususnya apabila kadar vaksinasi rendah.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak yang sihat adalah ringan dan akan sembuh dengan sendiri.

Pada masa sama, beliau menasihati ibu bapa supaya lebih peka terhadap tanda amaran seperti demam berpanjangan melebihi tiga hari, kesukaran bernafas, mengantuk luar biasa, muntah atau cirit-birit berterusan, serta ruam yang merebak dengan cepat, kerana ia mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius.

Mengulas tentang gangguan imun, Dr Ch’ng berkata masalah berkenaan jarang berlaku, namun boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk atau berpanjangan.

“Kanak-kanak dengan imunodefisiensi sering jatuh sakit dan mengalami jangkitan yang teruk. Mereka mungkin memerlukan kemasukan ke hospital yang kerap atau mengalami jangkitan virus atau fungal yang berulang. Pertumbuhan atau penambahan berat badan yang lemah juga boleh menjadi tanda,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register