BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesan Awal, Ubah Gaya Hidup Kunci Cegah Degupan Jantung Tidak Normal - Pakar Kardiologi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
7c41d4edf860ffe10a2422fac751adc868d35a943d39d

97372e60c2a8326fd2d923d1912d799468d35ab8840d0

Pakar Perunding Kardiologi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr Koh Kok Wei yang diwawancara secara eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Aritmia atau degupan jantung tidak normal terutama fibrilasi atrium (AF) antara gangguan irama jantung paling kerap berlaku tetapi jarang dikesan di Malaysia, dan boleh membawa kepada komplikasi serius seperti strok dan kegagalan jantung sekiranya tidak dirawat.

Pakar Perunding Kardiologi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr Koh Kok Wei berkata AF adalah aritmia paling lazim di seluruh dunia yang menjejaskan kira-kira satu peratus populasi. Risiko lebih tinggi dikesan dalam kalangan individu berusia 65 tahun ke atas serta pesakit diabetes dan darah tinggi.

“AF pada asasnya adalah degupan jantung tidak normal dan bahayanya terletak pada peningkatan risiko strok serta dalam sesetengah kes, kegagalan jantung. Ramai pesakit hanya menyedari mereka menghidap AF ketika pemeriksaan rutin atau selepas komplikasi berlaku,” katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif.

Beliau berkata sesetengah pesakit menunjukkan simptom sesak nafas, bengkak kaki, dada berasa ketat atau kesukaran bernafas, manakala ada juga yang hanya mengetahui mereka menghidap AF apabila dimasukkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami strok.

Dr Koh, yang pakar dalam elektrofisiologi berkata rawatan moden untuk aritmia kini jauh lebih maju berbanding beberapa dekad lepas apabila pembedahan jantung terbuka diperlukan untuk memotong dan membuang laluan elektrik abnormal dalam jantung.

“Bagi aritmia terutama degupan jantung yang laju dan tidak normal, kebanyakan rawatan kini dilakukan melalui tebukan kecil tanpa perlu membelah dada. Ia selalunya dijalankan dengan bius setempat dan separuh sedar. Dalam banyak kes, pesakit boleh discaj dalam tempoh sehari selepas ablasi frekuensi radio,” katanya.

Beliau berkata kadar kejayaan merawat takikardia supraventrikular (SVT) iaitu keadaan jantung berdebar laju, melebihi 95 peratus, manakala hasil rawatan fibrilasi atrium semakin meningkat selaras dengan kemajuan teknologi.

Dr Koh turut menekankan kepentingan diagnosis tepat pada masanya serta keperluan perkhidmatan hospital yang menyeluruh untuk memastikan penjagaan pesakit yang lancar.

 
Nak kesan fibrilasi atrium (AF) ni senang jer, korg pegang nadi kat pergelangan tangan, then cuba tgk rentak dia, sekata atau tidak.

Kalau rentak x sekata, kemungkinan besar adalah AF, so pergi lah check up buat ECG di mana2 klinik swasta.

Rentak x sekata ni ada 2, samada rentak normal yg x sekata (sinus arhythmia) atau AF.

Nk beza kena buat ECG bagi yg x terlatih, tp bagi yg terlatih boleh kenalpasti AF hanya dgn merasa nadi.
 
Nak kesan fibrilasi atrium (AF) ni senang jer, korg pegang nadi kat pergelangan tangan, then cuba tgk rentak dia, sekata atau tidak.

Kalau rentak x sekata, kemungkinan besar adalah AF, so pergi lah check up buat ECG di mana2 klinik swasta.

Rentak x sekata ni ada 2, samada rentak normal yg x sekata (sinus arhythmia) atau AF.

Nk beza kena buat ECG bagi yg x terlatih, tp bagi yg terlatih boleh kenalpasti AF hanya dgn merasa nadi.

Den maso jln2 kaki kek tasik, slalu jgk nmpk runners yg hari2 ado kek tasik, lps hbs jog deme jln slow pastu stop smbil letak jari kat nadi lengan. Gamaknyo deme cek AF la yek?
 
Den maso jln2 kaki kek tasik, slalu jgk nmpk runners yg hari2 ado kek tasik, lps hbs jog deme jln slow pastu stop smbil letak jari kat nadi lengan. Gamaknyo deme cek AF la yek?
X tuan. Yg tu rasanya dorg nk check nadi dorg dah capai blom zone2 yg dorg target.

Biasanya runner berlari nk kawal nadi, agar bila dorg running long distance dgn nadi yg rendah, pace lebih kuat.

Mcm Kiptum atau Kipchoge, nadi dorg mmg gila2 punya rendah, dorg dpt lari pace laju 2.5-3 utk 42km dgn nadi x cecah 100bpm pun sbb dorg berlatih berpandukan kawalan nadi lah.

Cuba kita yg x training lari, xyah pace 3, kita lari pace 5 pun xkan mampu bertahan 1km pun. Tu oun nadi dah cecah 160-170bpm.

Jadi utk capai target dorg, maka dorg mmg kena pantau kelajuan nadi dan juga pace.

Sama juga org yg nk burn fat, dia kena pastikan masa senaman heart rate dia cecah fat burning zone. So caranya adalah dgn tgk kelajuan nadi lah.
 
Maaf aku nk betulkan, heart rate Kiptum dan Kipchoge utk pace 2.5-3 adalah 160-180bpm.

Tp traning yg dorg endure utk dpt kekuatan cardiovascular mcm tu mmg gila, dan utk menunjukkan betapa fitnya cardiovascular mereka, resting heart rate mereka biasanya 33-35bpm.

Kita yg biasa ni kalau rate mcm tu mmg dh pengsan dah sbb sgt2 extremely low tu.

For normal person, nornal heart rate adalah 60-90bpm.
 
Back
Top
Log in Register