BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Mimpi Basah’ Atau Baligh? Ini Tips & Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Terangkan Pada Anak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Ibu Ayah juga boleh memaklumkan kepada anak yang sudah baligh perkara yang dilalui merupakan satu fitrah manusia dan dari sudut tauhid ia bukti Allah mentadbir tubuh manusia dengan sempurna. Sudah menjadi lumrah buat setiap individu di mana kita semua akan melalui proses akil baligh apabila mencapai di satu tahap umur. Setiap individu mempunyai umur yang berbeza ketika mencapai waktu akil baligh khususnya bagi lelaki dan perempuan. Meskipun perkara ini normal namun bagi individu yang baharu sahaja melaluinya akan berasa janggal dengan perubahan yang berlaku. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu memainkan peranan penting dalam menerangkan kepada anak-anak.
1752377609254.png
 
Wanita Kongsi Cara Terangkan Kepada Anak Yang Sudah Baligh Mengenai Apa Yang Berlaku
Seorang wanita di media sosial turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menerangkan mengenai akil baligh atau ‘mimpi basah’ yang berlaku kepada anak lelaki. Tips tersebut adalah pendekatan secara lembut, hikmah serta berpandukan tauhid. Menerusi hantaran dikongsikan oleh Mizana Rizqi di TikTok, katanya ibu bapa perlu menenangkan anak sekiranya mereka sudah melalui fasa akil baligh atau mimpi basah.

Jelaskan Sebab Berlakunya Mimpi Basah Kepada Anak Lelaki
Malah anda juga boleh menjelaskan mimpi basah yang berlaku merupakan salah satu tanda dia sudah baligh & bersyukur kerana se&g melalui proses fitrah sebagai seorang manusia. Ini kerana anak-anak se&g melalui fasa penting dalam hidup mereka. “Dari sudut tauhid ini bukti Tuhan mentadbir tubuh manusia dengan aturan sempurna. Ia bukan aib tetapi amanah,” ujarnya.

Terangkan Mengenai Tanggungjawab Sebagai Muslim, Amalan Mula Dihisab
Katanya lagi, ibu ayah juga perlu memaklumkan kepada anak proses yang dilalui itu menunjukkan dia seorang individu yang sudah dewasa di sisi Tuhan di mana segala amalan baik & buruk mula dihisab. Oleh itu, anak perlu melakukan segala ibadah wajib seperti solat, berpuasa di bulan rama&, menjaga aurat & sebagainya. “Contoh ayat, Tuhan dah percaya pada abang untuk jadi hamba yang bertanggungjawab. Ibu ayah akan bantu & bimbing abang.”

Ajar Anak Cara Mandi Wajib Yang Betul & Tujuan Ia Dilakukan
Selain itu, ibu ayah juga perlu mengajar cara untuk mandi wajib agar anak dapat melakukannya dengan betul. Sebagai contoh, ibu ayah mungkin boleh menunjukkan secara praktikal dengan cara yang sopan sekiranya ia bersesuaian. Selain itu, ibu ayah juga boleh menunjukkan contoh infografik atau video yang patuh syariah. Perlu diterangkan mengapa mereka perlu melakukan mandi wajib & bersuci ia bertujuan untuk solat diterima.

Berkomunikasi & Galakkan Anak Bertanya
Berikan anak peluang & ruang untuk bertanya, sebagai remaja yang se&g membesar pastinya mereka mempunyai pelbagai persoalan. Oleh itu, ibu ayah perlu menggalakkan anak bertanya agar segala kekeliruan mereka dapat dijawab dengan baik. “Biar dia tahu, ibu ayah adalah tempat paling selamat untuk dia bertanya tentang tubuh & agama,” jelasnya lagi. Bukan hanya itu, sebagai ibu bapa anda juga perlu memulakan perbualan mengenai akhlak & cara mengawal nafsu sebagai contoh dari segi pan&gan, batas pergaulan dengan jantina lain serta fahami erti maruah diri.

Elak Sentuh Topik Lucah
Elakkan daripada menyentuh topik lucah mahupun menyindir sebaliknya gunakan bahasa tenang & jelas. “Ajarkan zikir perlindungan, istighfar & doa elak fitnah. Fitrah anak se&g bangkit jadi bimbing jiwa & nafsunya dengan zikrullah.” Di ruangan kapsyen Mizana turut menjelaskan seseorang yang sudah baligh bukan sahaja mengalami perubahan fizikal sebaliknya ia adalah permulaan tanggungjawab di dunia & juga akhirat.​
 
Ramai Sebak Baca Tips, Kerana Tak Percaya Anak Dah Besar & Baligh
Melihat di ruangan komen, ramai para ibu yang berasa sebak mungkin kerana melihat proses tumbesaran anak. Namun ada juga menyifatkan mereka sering terfikir cara untuk menerangkan kepada anak lelaki apabila mereka sudah baligh. Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia adalah satu ilmu yang berguna & boleh digunakan apabila anak sudah berada di usia awal remaja.​

1752377854100.png

1752377859846.png

1752377866468.png

1752377871719.png
 
Back
Top
Log in Register