BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air Piya dan Magic Mushroom - Ini yang perlu anda tahu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
305457-305457.jpg


Baru-baru ini tular mengenai ‘Air Piya’ yang dikaitkan dengan sebuah program motivasi. Ramai peserta mendakwa mereka menjadi terlalu berani secara tiba-tiba meluahkan rahsia peribadi, menangis secara emosi, malah merasakan pengalaman spiritual yang luar biasa.

Ada kemungkinan minuman tersebut dicampur dengan bahan psikoaktif seperti magic mushroom (Psilocybin mushroom), sejenis kulat halusinogen yang banyak didapati di destinasi pelancongan seperti Bali.

Antara kesan magic mushroom:
1. Halusinasi visual dan bunyi
2. Emosi tidak stabil dari ketawa melampau ke tangisan tanpa sebab
3. Rasa terputus dari dunia sebenar
4. Loya dan muntah
5. Tindakan luar kawalan dan membuka trauma silam
6. Risiko ‘bad trip’ pengalaman ngeri sukar dilupakan
7. Risiko jangka panjang kepada kesihatan mental

Beberapa kajian melaporkan peningkatan rasa keghairahan, kepekaan tubuh, dan lonjakan hormon seperti dopamin dan serotonin selepas pengambilan.

Ini membuat seseorang lebih gembira, yakin, dan cenderung berpelukan, menyentuh atau bertindak secara impulsif. Dalam keadaan tertentu, ini boleh menyebabkan situasi yang memalukan atau berbahaya
.

Sekiranya anda masih menyimpan saki baki ‘Air Piya’, serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Sekiranya benar dakwaan bahawa Air Piya mengandungi bahan terlarang seperti psilocybin, ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda minum. Bukan semua ‘air ajaib’ membawa kebaikan.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Back
Top
Log in Register