Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Menurut Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban, separuh daripada pengunjung harian jabatan kecemasan tersebut adalah kurang kritikal dan tidak memerlukan rawatan di sana. Mungkin anda pernah dengar bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma di mana-mana hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibanjiri dengan pengunjung yang ramai. Fungsi utama unit yang beroperasi sepanjang 24 jam itu adalah untuk memberi rawatan segera kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal atau berpotensi menjadi kritikal. Pun begitu, masih ada segelintir individu yang belum cakna tentang peranan sebenar jabatan berkenaan. Hal ini menyebabkan ramai pesakit mengunjungi unit tersebut setiap kali mempunyai masalah atau mengalami kecederaan ringan yang sepatutnya boleh dirawat di klinik biasa.