BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalau Dah Sihat, Perlu Ke Habiskan Antibiotik? Ini Jawapannya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Antibiotik datang dalam pelbagai bentuk mengikut jenis jangkitan antaranya seperti tablet dan cecair. Kebanyakan individu pasti akan datang ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan sekiranya kurang sihat seperti demam atau selsema. Jika perasan, doktor akan memberikan satu ubat yang dipanggil sebagai antibiotik dan pesakit perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. Namun, ada segelintir individu yang berhenti mengambil ubat tersebut lebih awal sebaik sahaja merasakan dirinya sudah beransur pulih. Pernah tak anda terfikir sebab disebalik saranan klinik atau hospital yang meminta pesakit untuk menghabiskan antibiotik?
1753197656965.png
 

Apa Itu Antibiotik?

Memetik laman Hello Doktor, antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan yang berpunca dari bakteria. Cara ubatan tersebut melawan bakteria adalah dengan membunuh atau mengurangkan pertumbuhan bakteria tersebut. Kaedah yang dilakukan adalah dengan menyerang dinding sekitar bakteria, mengganggu pembiakan dan menghalang penghasilan protein dalam bakteria tersebut. Kebiasaannya, antibiotik datang dalam pelbagai bentuk mengikut jenis jangkitan iaitu;
  • Tablet
  • Kapsul
  • Cecair
  • Krim
  • Campuran ubat (ointment)
Terdapat banyak jenis antibiotik dengan lapan kelas yang paling biasa kita dengar adalah;
  • Penicillins
  • Cephalosporins
  • Sulfonamides
  • Fluoroquinolones
  • Macrolides
  • Tetracyclines
  • Aminoglycosides
  • Carbapenems
 

Hanya Boleh Diambil Atas Nasihat Doktor, Tempoh Sembuh Berbeza Ikut Jenis

Seorang pesakit hanya boleh mengambil antibiotik atas saranan dan nasihat doktor sahaja dan perlu diambil sekitar tujuh hingga 14 hari namun ada juga yang lebih pendek tempoh pengambilannya. Tempoh seseorang itu untuk sembuh selepas pengambilan ubatan ini pula berbeza bergantung kepada jenis jangkitan. Ada yang terus berasa sihat namun ada juga yang mengambil masa 2 hingga 3 hari selepas makan antibiotik.
 

Antibiotik Perlu Di Habiskan, Elak Rintangan Antibiotik

Jelas laman berkenaan, walaupun ada yang telah berasa sihat sepenuhnya setelah pengambilan antibiotik, namun doktor, FDA (Food and Drug Administration) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar ubat itu dihabiskan juga. Malah, memetik laman The British Medical Journal, tindakan menghentikan pengambilan antibiotik akan menyebabkan wujudnya keadaan yang dipanggil rintangan antibiotik (antibiotic resistance). Ia satu keadaan bakteria menjadi lebih ‘kebal’ dan tidak lagi sensitif kepada ubatan tersebut. Malah, menurut laman Doctor On Call, pengambilan antibiotik berlebihan untuk tempoh terlalu lama juga boleh menyebabkan keadaan ini.
 

Rintangan Bakteria Boleh Sebabkan Keadaan Jadi Lebih Serius, Ada Yang Meninggal Dunia

Keadaan ini turut dijelaskan oleh seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Arif di TikTok miliknya @pharmacistariff. Jelas Ariff, seseorang itu wajib menghabiskan antibiotik supaya bakteria jahat yang menyebabkan penyakit tersebut dapat dimatikan sepenuhnya.

“Kalau bakteria tak mati sepenuhnya, akan berlaku proses mutation yang akan menyebabkan masalah rintangan antibiotik (antibiotic resistance). Maksudnya, bakteria jahat akan belajar macam mana nak lawan antibiotik next time mereka jumpa. Nanti bila kita demam, tak sihat balik, antibiotik sama yang berkesan hari itu, kali ini tak berkesan dah. Kita akan sakit lebih lama dan lebih teruk serta perlukan rawatan lebih intensif. Dah banyak kes orang meninggal akibat rintangan antibiotik,” katanya.

 

Cara Nak Elak Dari Berlaku Rintangan Antibiotik

Jadi, untuk mengelakkan daripada berlakunya rintangan antibiotik, seseorang itu perlu:
  • Menggunakan antibiotik mengikut prekripsi yang betul.
  • Menghabiskan kesemua antibiotik mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun telah terasa sihat sepenuhnya.
  • Jangan simpan antibiotik yang tidak habis dimakan untuk merawat penyakit sama pada masa depan.
 
Back
Top
Log in Register