hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Malam tadi dia gelak-gelak tengok TV dengan keluarga.
Masuk tidur pukul 11 malam macam biasa.
Pukul 6 pagi, isteri kejut bangun Subuh... tubuh dah kaku dan sejuk.
Tiada jeritan. Tiada tanda bergelut. Pergi dalam senyap.
Ramai yang panggil ini "Mati Terkejut" atau "Meninggal dalam tidur". Tapi dari sudut perubatan, jantung manusia jarang berhenti tanpa sebab yang kukuh.
..
Kematian dalam tidur selalunya berpunca daripada 3 'Pembunuh Senyap' ini:
1. Masalah Irama Jantung (Arrhythmia / SADS)
Ini paling menakutkan. Sistem elektrik jantung tiba-tiba jadi kucar-kacir (Ventricular Fibrillation). Jantung bukan mengepam, tapi cuma bergetar. Darah tak sampai ke otak, dan mangsa meninggal serta-merta tanpa sedar.
2. Berdengkur Yang Membunuh (Obstructive Sleep Apnea - OSA)
Bunyi dengkur yang kuat tu sebenarnya bunyi saluran nafas sempit. Ada masa nafas terhenti terus (apnea). Oksigen jatuh mendadak, jantung stres, dan akhirnya 'give up'.
3. Strok Senyap
Saluran darah pecah atau tersumbat dalam otak semasa tidur. Kerana mangsa sedang tidur, tiada siapa nampak muka herot atau tangan lemah.
Siapa yang berisiko?
- Orang muda yang ada masalah jantung genetik (brugada syndrome).
- Orang yang berdengkur kuat dan selalu mengantuk waktu siang.
- Perokok tegar dan penghidap darah tinggi.
Kalau suami atau isteri anda berdengkur sampai terhenti nafas (choking), itu bukan tidur nyenyak. Itu nyawa dia sedang tersekat. Bawa jumpa doktor.
Kredit