hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Sakit Misteri Serang Imun — Hidup Pesakit SLE Penuh Derita
Kuala Lumpur: Bayangkan sistem pertahanan badan sendiri menyerang tubuh tanpa hent, itulah derita yang dialami pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE), sejenis penyakit autoimun yang masih belum ada penawar.
SLE digelar ‘penyakit seribu wajah’ kerana gejalanya sering mengelirukan. Ada pesakit hanya alami ruam kemerahan di wajah, manakala yang lain boleh diserang keradangan serius pada organ penting seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru.
Menurut pakar perubatan, penyakit ini lebih kerap menyerang wanita berusia antara 15 hingga 45 tahun. Antara tanda awal termasuk keletihan melampau, sakit sendi, demam berulang serta bengkak pada tubuh.
“Ramai pesakit datang dalam keadaan sudah teruk kerana sangka sakit biasa. Hakikatnya, sistem imun mereka sedang menyerang tubuh sendiri,” kata seorang doktor pakar reumatologi di ibu negara.
Walaupun ubat moden mampu mengawal simptom, pesakit SLE perlu mengambil rawatan sepanjang hayat. Ada yang terpaksa berhenti kerja, malah tidak mampu menjalani rutin harian akibat keletihan melampau dan kesakitan.
Bagi pesakit, sokongan keluarga dan masyarakat amat penting kerana bukan semua memahami keadaan mereka.
“Orang nampak saya sihat dari luar, tapi dalam badan ini sedang ‘berperang’. Saya hanya harap orang lebih faham,” luah seorang pesakit wanita yang ditemui.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihatkan orang ramai supaya segera berjumpa doktor jika mengalami gejala berpanjangan yang mencurigakan.