BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah​

2d94f8d094de0bd3a279dc8e494110916694bb7ca833b


Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat seiring dengan pasaran tunai.

Kontrak Julai 2026 susut 19 mata kepada 1,702.0, Ogos 2026 rendah 18.5 mata kepada 1,702.5, September 2026 menyusut 18.5 mata kepada 1,682.0 dan Disember 2026 berkurangan 13 mata kepada 1,684.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11,798 lot berbanding 6,297 pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 51,094 kontrak daripada 45,316 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 13.57 mata atau 0.79 peratus kepada 1,701.02 daripada 1,714.59 semasa ditutup pada Khamis.

 
Siapa berani tangkap pisau jatuh?
Yg faham tu faham la
 
Back
Top
Log in Register