BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,159
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,159
Reaction score
346
Points
141
7dc1ebd010dcc4e3d720c89266a5e17560a336af28e5c


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini walaupun dolar Amerika Syarikat lebih lemah, berikutan permintaan terhadap logam berharga itu semakin berkurangan, kata penganalisis.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan April turun kepada US$3,274.10 setiap auns troy daripada  US$3,284.30 pada Rabu, manakala Mei 2025 susut kepada US$3,288.10 daripada US$3,293.30 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 merosot kepada US$3,288.10 setiap auns troy berbanding US$3,311.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 33 lot daripada 53 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 40 kontrak daripada 90 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 1 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,214.75 setiap auns troy.

 
Nak main emas nie

Beli dan kena simpan lama kalau leh lebih 5 tahun

Baru nampak peningkatan mendadak

Jangan jual emas kurang dari 5 tahun
 
Back
Top
Log in Register