BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
016ecb2deeb4a8a8cf65ea249bea963b6764097214dc2


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkat apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,069.80 bagi setiap auns troy daripada US$5,062.40 pada Selasa. Mac 2026 naik kepada US$5,086.70 daripada US$5,079.30 manakala April dan Mei 2026 menokok kepada US$5,104.40 daripada US$5,097.00.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut mengukuh apabila ditutup kepada US$5,138.30 bagi setiap auns troy, meningkat daripada US$5,130.90 semalam.

Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada enam lot daripada sembilan lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 91 kontrak daripada 95 kontrak.

Harga emas fizikal adalah pada US$5,031.40 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 10 Feb 2026.

 
Back
Top
Log in Register