BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
f1f3117e1397a26735298d0c398f9172685c24d93223e


Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent melonjak 2.2 peratus kepada US$114.96 setong.

“Bagaimanapun, momentum kenaikan tersebut dikekang oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan getah serantau, ketidaktentuan berhubung konflik di Timur Tengah dan prospek industri automotif di China yang merosot,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat pada Isnin, disokong oleh permintaan fizikal yang kukuh dan pembelian spekulatif dalam kenaikan harga minyak.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 12 sen kepada 815 sen sekilogram, paras tertinggi baharu pada 2026 manakala susu getah pukal naik tujuh sen kepada 696.50 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register